Mohd Suhaimi dipilih antara juri termuda pertandingan dunia
TIDAK ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik.
Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.
Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.
Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.
Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.http://blog.aidan.com.my/2009/08/jaguh-matematik/
No comments:
Post a Comment